PERKHIDMATAN MEMBELI
EMAS TERPAKAI DAN
MENEBUS SURAT PAJAK/AR-RAHNU
012-324 0615
sms/whatsapp/viber
Kami Sedia membeli emas terpakai :
Kami BELI emas terpakai dari anda mengikut Harga Pasaran Semasa Emas Terpakai. Hubungi kami di talian 012-3240615/017-3408879
untuk mengetahui harga terkini. Sekiranya barangan kemas anda mempunyai
batu permata, Kami hanya beli emas pada nilai selepas batu permata
ditanggalkan dan dipulangkan kepada anda. Jenis-jenis emas yang kami
beli adalah semua jenis emas kuning dan emas putih
999, 950, 916, 835, 750, 585 dan 375. Barangan kemas akan diuji mutu
peratusan ketulinannya menggunakan timbangan dan akan dinilaikan
mengikut kadar emas terpakai. Rundingan harga secara tawar-menawar
sehingga terdapat persetujuan dialu-alukan.
Kami juga sedia membeli emas melalui tebus surat pajak :
Anda
mempunyai masalah untuk menebus emas yang digadai/pajak atau ingin
menjual emas yang anda gadaikan ? Kami bersedia membeli surat pajak anda
dengan menyediakan modal tebus. Emas anda akan dinilaikan semula pada
harga semasa, baki dari nilai semasa tolak modal tebus akan dikembalikan
kepada anda.
Kami
sedia tebus gadaian anda dari kedai pajak konvensional dan pajak gadai
islam ( Bank Rakyat / Agrobank / Ar-Rahnu dan lain-lain institusi pajak
gadai Islam).
Prosedur ringkas menebus surat pajak
Sebelum emas ditebus dari institusi pajak gadai :
- Anda perlu membawa dokumen pengenalan diri 1 salinan I/C dan 1 salinan surat pajak.
- Hanya penama surat pajak yang tertera sahaja yang dibenarkan berurusan.
- Pihak ketiga tidak akan diberi keizinan untuk berurus niaga.
- Sebelum modal urusniaga diserahkan butir-butir penjual akan dicatatkan.
- Surat akuterima kewangan perlu ditanda-tangani.
Selepas emas ditebus dari pajak gadai :
- Barang emas diuji.
- Emas diasingkan mengikut peratusan ketulinannya.
- Emas ditimbang dengan timbangan yang telus dan teliti.
- Emas dinilaikan mengikut kadar emas terpakai setelah ditolak keuntungan syarikat tanpa riba.
- Rundingan harga secara tawar-menawar dijalankan sehingga persetujuan termeterai.
- Butir-butir diri pelanggan dicatatkan pada resit.
- Bayaran dijelaskan secara tunai.
- Akad jual beli dilakukan.
- Salinan resit diserahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan